Assalamualaikum And Selamat Pagi UOllzz ,,
Dalam kesuraman ultra lembayung
tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku
terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu
bersama molekul-molekul hydrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu. Kau
juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing, salji,
mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.
---------------------------------------------------------------------------
Kala itu, kita bagaikan Nobita
dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat
dipisahkan.
Malangnya percintaan yang
mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan
yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi
jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
1998.
Sesungguhnya perpisahan itu
berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.
Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara
mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan gravity terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku
tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.
Seluruh perjalanan hidupku
menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani
stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu. Kondominium cinta yang kita bina dari
makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling
tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit
MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak
diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering
menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih
cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang
entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam
untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan
membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak
bersalah.
Bertimbun2 Surat Ku Karang Khas Buatmu ,, :3 |
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa
ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku
lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang
ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau
timpakan diatas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang
terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk.
Dan kini segala harapanku hancur
berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh
Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya
digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.
Oh! Terlalu berat dugaan yang
kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir.
Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman
atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau
idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di
tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan
tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.
Segalanya sungguh mengharukan dan
semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas
pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini,
selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di
sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa
penantianku hanyalah sia-sia belaka.
Akhirnya aku mengambil keputusan
muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang
elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
Sayang mu,
Wakakakakakakaka ..
# Sekadar Mengisi Mase Senggang Seperti Ikan Kembung Masak Singgang ,, Perghh ,, Lazat Berkrim Disukai Ramai ,, Ahhax ,,
No comments:
Post a Comment